Visi dan Misi S.M.K.P.B.
Sejarah Sekolah |
Sekolah
Menengah Kebangsaan Pekan Baru, Parit Buntar merupakan sebuah sekolah
menengah harian biasa. Sekolah ini terletak di hujung kawasan perumahan
Taman Pekan Baru, kira-kira 1.5km dari Pusat Bandar. Sekolah ini didirikan
di atas tapak seluas 13.57 ekar (55,350 meter persegi) dan kawasan
selebihnya merupakan kawasan berumput seluas 7.41 ekar (30,0000 meter
persegi).
Encik Abdul Khadir Jalani b. Mohamad merupakan pengetua pertama SMK
Pekan Baru. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Disember 2000.
Pada tarikh yang sama, seramai 10 orang guru, 6 orang staf sokongan dan 4
orang staf sokongan yang dipinjamkan oleh PPD Kerian untuk bertugas di SMK
Pekan Baru. Mereka merupakan kakitangan kumpulan pertama yang berkhidmat
di sekolah ini. Sebelum itu, seorang guru Encik Haris b. Osman telah
dilantik untuk menjalankan tugas-tugas “care taker” di SMK Pekan Baru
bermula pada 16 Oktober 2000.
SMK Pekan Baru mula beroperasi pada Januari 2001. Warga sekolah
pada ketika itu terdiri daripada 19 orang guru, 7 orang staf sokongan dan
250 orang pelajar. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada pelajar
Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. Kini, jumlah pelajar telah
mencecah 779 orang dan 46 orang guru. Pelajar sekolah ini terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan Cina. Kebanyakan pelajar ini dating
dari lokasi yang berdekatan dan mereka yang tinggal di Taman Pekan Baru. SMK
Pekan Baru mempunyai 4 buah blok utama, iaitu A, B, C dan D. Selain itu,
terdapat sebuah blok kantin dan blok Bengkel Pertanian. Blok-blok utama
merupakan bangunan empat tingkat yang terdiri daripada 24 buah bilik
darjah dan 28 buah bilik khas. Pada tahun 2001, sebuah makmal komputer
telah dibina. Manakala pada akhir tahun 2003, sebuah bengkel MPV telah
dibina untuk pelajar Tingkatan 4. Walaupun SMK Pekan Baru masih muda usianya, namun semua warga sekolah telah memperlihatkan usaha yang berterusan ke arah mencapai budaya gemilang di sekolah ini. Dengan kerjasama guru-guru, staf sokongan, pelajar-pelajar, PIBG, PPD dan masyarakat setempat, diharapkan semoga kegemilangan akan mewarnai SMK Pekan Baru. Warga SMK Pekan Baru juga bergantung harapan yang tinggi terutamanya kepada pengetua, agar sepanjang berada di bawah pentadbirannya sekolah ini boleh berdaya saing dan menjadi sebuah sekolah yang berkesan di mata masyarakat. |
Guru-guru yang sedang mengajar di S.M.K.P.B.
Pemandangan S.M.K.P.B.
Taman sains sekolah
Senarai Nama Guru SMKPB 2004